Aktiviti
Kunjungan Hormat Ummet Vakfi Turkiye ke Yayasan Waqaf Malaysia
24-09-2024

Putrajaya, 24 September 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dikunjungi oleh Dr. Hisam Macit, Mr. Ahmad Saeed dan Mr. Abdul Rahman daripada Ummet Vakfi yang berpengkalan di Istanbul, Turkiye. Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBhg. En Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Objektif utama kunjungan hormat ini adalah bagi meneroka ruang kerjasama dalam bidang wakaf antara kedua-dua organisasi dan juga bagi menyerahkan jemputan ke program “Ummet Vakfi - 10 Years of Achievement” yang dijadual akan diadakan pada 16 - 17 November 2024 di Istanbul, Turkiye. Di dalam pertemuan ini, YWM telah diberi taklimat mengenai operasi Ummet Vakfi yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan memfokuskan kepada program wakaf dan infaq bagi tujuan kebajikan rakyat Palestin khususnya di Bandar Al Quds dan Semenanjung Gaza. Setinggi terima kasih diucapkan kepada rombongan Ummet Vakfi di atas kunjungan hormat tersebut.


Kongsi Kongsi