Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 100 PEK MAKANAN KERING KEPADA ANGGOTA VETERAN ATM NEGERI SEMBILAN
17-07-2021

17 Julai 2021 - Mereka pernah menabur bakti kepada negara. Mereka pernah berkhidmat siang dan malam untuk memastikan kesejahteraan negara. Pengorbanan mereka amat kami hargai.

Situasi pandemik Covid19 ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. Ada yang pendapatannya terjejas. Ada yang mengalami kesusahan dalam menghadapi tempoh yang sukar ini. YWM telah tampil membantu meringankan beban anggota veteran ATM Negeri Sembilan. Sebanyak 100 pek barangan makanan keperluan disumbangkan.

Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Dana PERLU ini disumbangkan oleh masyarakat, dan dana ini juga kami kembalikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi