Aktiviti
Slot Assalamualaikum TV AlHijrah: Wakaf Media - Satu Skrin, Sejuta Manfaat
30-09-2026

Sekitar sesi temu bual di slot Assalamualaikum AlHijrah yang bertajuk ''Wakaf Media: Satu Skrin, Sejuta Manfaat”.

Panel sesi ini terdiri daripada Encik Muhammad Muzzammil Mat Rodzi, Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana Yayasan Waqaf Malaysia dan Al-Fadhil Ustaz Amir Haziq, Pentadabbur Quran 114 TV AlHijrah. Dana Wakaf Media diuruskan secara sistematik bagi memperkasa penyebaran dakwah dan pembangunan ummah menerusi pelbagai platform media Islam masa kini, sekali gus menjadi sumber pahala jariah yang berpanjangan buat para pewakaf.

Terima kasih pihak TV AlHijrah atas jemputan ini. Jom bersama menjayakan agenda wakaf untuk manfaat ummah dan Malaysia MADANI!


Kongsi Kongsi