Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah Siri 43 Bil. 2/2024 Yayasan Waqaf Malaysia
27-09-2024

Putrajaya, 27 September 2024 - Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS) Siri 43 Bil. 2/2024 Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertujuan bagi membincang dan meneliti isu-isu syariah di peringkat YWM agar pelaksanaan kerjasama dan produk YWM adalah terancang dan teratur berlandaskan prinsip Islam. Mesyuarat ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub, Pengerusi JKPS bersama ahli mesyuarat YBhg. Prof. Dato’. Dr. Aznan Hasan, YBrs. Prof. Dr. Azman Mohd Noor dan YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood. Manakala YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan amanah yang telah digalas oleh YWM ini agar kemaslahatan ummah dapat terus diperkasa di Malaysia, Insya Allah.


Kongsi Kongsi