Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Agih RM300,000.00 Dana Wakaf Untuk Pembinaan Bangunan Baharu Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Mukim Telekong
27-09-2024

Kuala Krai, 27 September 2024 - Bersempena Majlis Perasmian Santuni Komuniti MADANI di Kampung Telekong, YB Senator Dato' Setia Dr. Naim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyampaikan cek cura sumbangan dana wakaf bernilai RM300,000.00 kepada Encik Mahasan bin Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan / Imam Tua Masjid Mukim bagi pembinaan bangunan baharu Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Turut bersama dalam majlis ini adalah wakil YWM, Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat.

Untuk makluman, kos keseluruhan pembinaan adalah berjumlah RM2.5 juta dan sehingga 24 September 2024, dana sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak RM1.3 juta, manakala kerja-kerja pembinaan bangunan telah mencapai tahap kemajuan 50%. Bangunan baru masjid ini kelak akan menggantikan masjid lama yang akan digunakan bagi tujuan pusat dakwah aktiviti kariah. Semoga bangunan masjid baru ini memberi manfaat kepada semua penduduk Kampung Telekong.

Kepada para pewakaf YWM, sebahagian sumbangan wakaf anda telah kami salurkan bagi tujuan pembinaan bangunan baru masjid ini dan insyaAllah, semoga pewakaf mendapat ‘ganjaran’ berpanjangan sebagaimana janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


Kongsi Kongsi