Aktiviti
200 Nelayan Kampung Pantai Sabak Terima Sumbangan Dana Manfaat Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia
27-09-2024

Kota Bharu, 27 September 2024 - Sejumlah RM30,000.00 daripada dana manfaat wakaf Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diagihkan kepada 200 keluarga nelayan di Kampung Pantai Sabak, Kelantan bersempena Program Sumbangan Bakul Rahmah MADANI bertempat di SK Sabak yang telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Cek cura sumbangan disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM kepada En. Mohd Zulkifli bin Zakaria, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kasih Ukhwah Kelantan yang turut disaksikan oleh YB Menteri juga merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada para nelayan, terutamanya ketika menghadapi musim tengkujuh. Setinggi penghargaan diberikan kepada para nelayan, kerana usaha merekalah kita mendapat bekalan ikan yang mencukupi sehingga kini.


Kongsi Kongsi