Program Santuni Komuniti MADANI Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
02-06-2024Pulau Perhentian, 2 Jun 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyertai Program Santuni Komuniti Madani bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pulau Perhentian, Terengganu. Melalui program ini, YWM telah menyampaikan sumbangan Wakaf Prihatin YWM yang bernilai RM10,500 dalam bentuk kotak makanan kering kepada 70 pemandu teksi bot Pulau Perhentian. Sumbangan telah disampaikan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.
"Terima kasih ya" "Alhamdulillah, syukur" "Ada rezeki buat kami"
Walaupun tidaklah semewah mana sumbangan ini, namun YWM berasa terharu mendengar ucapan penghargaan daripada para penerima. YWM tujukan segala penghargaan ini kepada semua penyumbang Program CSR Prihatin YWM. Alhamdulillah dengan jasa kalian telah membantu mereka mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.
Kongsi Kongsi