Aktiviti
Lawatan Sambil Belajar Dari Pelajar Islamic Economics Forum, Sekolah Tinggi Ekonomi Islam SEBI, Depok, Jawa Barat, Indonesia
04-06-2024

Putrajaya, 4 Jun 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima lawatan sambil belajar daripada 35 orang pelajar dari Islamic Economics Forum (IsEF), Sekolah Tinggi Ekonomi SEBI, Depok, Jawa Barat, Indonesia. IsEF SEBI merupakan kesatuan pelajar yang bermatlamat untuk mengkaji secara mendalam dan analitikal berkaitan ekonomi Islam dan menyumbang kepada Pembangunan ekonomi Islam di univerisiti-universiti dan masyarakat. Ini merupakan lawatan kali kedua dari pihak IsEF SEBI setelah tahun 2019 yang bertujuan untuk mempelajari pengurusan wakaf di bawah YWM. Lawatan kali ini diketuai oleh Bapak Firmansyah, SEI., MM Ketua Program Studi Perbankan Islam dan Bapak Izzuddin Edi Siswanto, Dosen Tetap STEI SEBI.

Pertemuan ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa, Pengurus Bahagian Kewangan YWM. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Cik Wan Syazana Akmal binti Wan Roslan, Penasihat Undang-Undang YWM dan Puan Husna Zakirah binti Hamdi, Eksekutif Bahagian Pengurusan. Sesi dimulakan dengan pembentangan maklumat korporat YWM oleh Puan Majidah binti Zainudin, Eksekutif Bahagian Pengurusan dan sesi soal jawab bersama pelajar. Sesi diakhiri dengan pertukaran tanda kenangan dan sesi foto. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada para pelajar IsEF SEBI InsyaAllah.


Kongsi Kongsi