Aktiviti
Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Wakaf Halal PKS
06-06-2024

Petaling Jaya, 6 Jun 2024 - Bertempat di Training Centre Halal Development Corporation Berhad (HDC), telah berlangsung Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Wakaf Halal PKS yang dihadiri oleh barisan pegawai daripada YWM yang diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan barisan pegawai HDC.

Untuk makluman, Wakaf Halal PKS ini merupakan produk kerjasama antara YWM dan HDC dan telah dilancarkan pada 20 September 2022. Dalam terus memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan program ini sesuai matlamatnya, pihak HDC bersama YWM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi bengkel untuk menganalisis dan mengenalpasti keadaan setiap penerima Wakaf Halal PKS agar mereka benar-benar menerima manfaat daripada program ini. Usaha ini penting agar setiap pihak yang terlibat cakna dan bertanggungjawab dalam memastikan dana wakaf yang disumbangkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. HDC bersama YWM turut mengenalpasti elemen penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi pelaksanaan program ini pada masa yang akan datang agar lebih ramai usahawan yang kompetitif dapat dibantu. Semoga produk Wakaf Halal PKS ini terus berkembang dan terus membantu lebih ramai usahawan kecil di luar sana. Buat anda, teruskan berwakaf, Insya Allah sumbangan anda amat berharga buat PKS.


Kongsi Kongsi