Majlis Penyerahan Motosikal Kepada Peserta Program iTEKAD 2.0 CIMB Islamic Rider Entrepreneur Special Edition
06-06-2024Cheras, 6 Jun 2024 - Melalui Program iTEKAD 2.0 CIMB Islamic Rider Entrepreneur Special Edition, seramai 22 orang peserta telah berjaya melalui proses temuduga & pemilihan sebagai rider Foodpanda. Menerusi majlis ini, kesemua penerima telah diberikan sebuah motosikal bersama barangan kelengkapan Foodpanda seperti baju, beg dan helmet. Majlis yang diadakan di Wisma Zelan ini telah dihadiri oleh kesemua wakil pihak yang bersama menjayakan program iaitu YBhg. Dato' Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, YBrs. En. Zaid Haji Othman, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank Berhad, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg En. Amri Mohd Sham, Head Public Affairs & Government Relations Foodpanda dan YBhg. En Amir Rudin, Ketua Pegawai Operasi Kanan, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya, semoga bersemangat untuk bekerja. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada para pewakaf dan rakan-rakan kerjasama atas sumbangan dan khidmat dalam merealisasikan program ini. Semoga ganjaran pahala berpanjangan buat anda, insya-Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi