Aktiviti
Audit Dalaman Bagi Hotel-Hotel Wakaf Di Bawah Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia
14-06-2024

Kuala Terengganu, 14 Jun 2024 - Telah berlangsung Audit Dalaman bagi Hotel-Hotel Wakaf di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) iaitu The Grand Puteri Hotel selama tiga hari bermula 10 - 14 Jun 2024. Proses pengauditan diadakan bagi memastikan tadbir urus hotel-hotel wakaf berjalan dengan baik, mengikut tatacara yang betul dan setaraf dengan kedudukan hotel 3 bintang. Pegawai YWM yang terlibat adalah Encik Mohd Faiz Hazwan bin Kasin, Pegawai Audit dan Encik Zainul Affiq bin Zainal Abidin, Pegawai Tugas-tugas Khas.


Kongsi Kongsi