Aktiviti
Ziarah Kasih Ramadan 1445H: Agihan Dana CSR Prihatin Untuk Rumah Sentuhan Budi
26-03-2024

Petaling Jaya, 26 Mac 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyumbang sejumlah RM5,000.00 kepada Rumah Sentuhan Budi bagi tajaan bulan Ramadan dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM. YWM mendoakan agar anak-anak dan penjaga di Rumah Sentuhan Budi sentiasa dinaungi oleh rahmat-NYA dan berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat nanti. Tidak dilupakan kepada para penyumbang yang telah membantu merealisasikan program ini.


Kongsi Kongsi