Aktiviti
Ziarah Kasih Ramadan 1445H: Sumbangan Kerusi Roda
26-03-2024Cyberjaya, 26 Mac 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat telah menziarahi rumah Puan Hazimas binti Salleh untuk menyampaikan sebuah kerusi roda selepas didiagnosis pada bulan Mei tahun 2023 menghidap penyakit Spinal Cord Injury dan ketumbuhan di tulang belakang dan menyebabkan beliau sukar berjalan seperti biasa. YWM mendoakan agar Puan Hazimas dikurniakan kesembuhan dan beliau serta keluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah S.W.T Kepada semua pewakaf, terima kasih atas sumbangan anda. Sekecil mana pun dana yang diwakafkan, terlalu besar maknanya kepada yang memerlukan.
TERKINI
Kongsi Kongsi