Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Santuni Penerima Bantuan Orang Kurang Upaya Di Pahang
21-11-2023

Gambang, 21 November 2023 - Alhamdulillah, dalam rangka lawatan kerja Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ke Kuantan, Pahang pada 20 dan 21 November 2023, delegasi YWM berkesempatan singgah di Kampung Seri Mahkota, Gambang untuk melawat adik Siti Nur Ain Maisarah, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami penyakit tulang rapuh. YWM dimaklumkan gadis yang berusia 15 tahun ini memerlukan kerusi roda baharu untuk memudahkan urusannya ke sekolah memandangkan kerusi roda sedia mengalami kerosakan. Insya-Allah, dalam masa terdekat, YWM akan menguruskan bantuan kerusi roda ini. Sebelum pulang, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut menyerahkan sumbangan kotak makanan dan wang tunai bernilai RM200 (Skim CSR Prihatin) kepada keluarga ini.


Kongsi Kongsi