Aktiviti
Perjumpaan bersama YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
22-11-2023Kuala Lumpur, 22 November 2023 - YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melapangkan masa untuk menerima kunjungan daripada pengurusan tertinggi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Bangunan Parlimen Malaysia. Perbincangan berkisar tentang bagaimana elemen wakaf boleh diaplikasikan kepada usaha-usaha Kementerian dalam membantu meringankan beban kos sara hidup dan menoktahkan kemiskinan. Semoga kunjungan hormat ini dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi