Taklimat Modul PascaPerkahwinan Islam daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17-11-2023Putrajaya, 17 November 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah menyampaikan taklimat pengenalan mengenai Kursus Pascaperkahwinan Islam kepada warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Perkongsian yang disampaikan oleh Puan Siti Rubaya binti Mohamad, Ketua Unit Pascaperkahwinan Islam adalah berkaitan dengan modul yang telah dibangunkan berdasarkan 4 fasa (tempoh perkahwinan) iaitu Fasa Bulan Madu, Fasa Sehati Sejiwa, Fasa Semarak Kasih dan Fasa Syurga Cinta. Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Para peserta yang terlibat dalam bengkel ini juga akan diberi panduan dan tips bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.
TERKINI
Kongsi Kongsi