Aktiviti
Majlis Penutup Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0
18-11-2023

Subang Jaya, 18 November 2023 - Bertempat di Taylor's University Lakeside Campus telah berlangsung Majlis Penutup Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0. Majlis ini disempurnakan oleh En. Mohamed Nazzi Noor Mohamed Beck, Ketua Serantau, Strategik Initiatif, CIMB Islamic Bank. Program iTekad CIMB Islamic Entrepreneur 2.0 ini merupakan program yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada belia serta asnaf yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai dan bekerja sebagai penghantar makanan atau runner.

Turut hadir Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat Yayasan Waqaf Malaysia, En. Mohd Zaid Othman, Pengarah Strategik Pemasaran dan Tanggungjawab Korporat CIMB Islamic Bank, Pn. Nor Amalina binti Ismail, Assistant Manager, Group Communication and CSR department, Taylor’s Education Group, YBhg. Dato' Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia, En. Amri Sham, Ketua Jabatan Hubungan Awam dan Kerajaan, Tuan Haji Wan Rosli Wan Muda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0, peserta Program Keusahawanan CIMB Islamic-TAYLOR (PK6.0) dan PK MINI 2023. Wakil YWM juga turut diberi peluang untuk menyampaikan taklimat wakaf ringkas.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0 yang telah berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang. YWM mendoakan semua para peserta berjaya dunia dan akhirat. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni para pemain industri wakaf dalam memperkasakan instrumen wakaf di negara kita dipermudahkan olehNya, insya-Allah.


Kongsi Kongsi