Yayasan Waqaf Malaysia Agih RM50,000 Dana CSR Prihatin Sempena Majlis Solidariti Bersama Palestin
15-11-2023Putrajaya, 15 November 2023 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyerahkan sejumlah RM50,000 Dana CSR Prihatin YWM kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada YBrs. Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Muhammad, Aktivis Kemanusiaan MAPIM di Pejabat YWM bersempena dengan Majlis Solidariti YWM bersama Palestin. Dana CSR Prihatin YWM ini adalah daripada sumbangan orang ramai bagi tujuan bantuan kemanusiaan dan bencana di dalam negara dan luar negara. Bermula tahun 2021, YWM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM di bawah Tabung Musa’adah JAKIM-YWM telah bekerjasama bersama MAPIM dengan menyalurkan sumbangan dana bantuan yang berjumlah keseluruhan RM1,965,648.82 bagi tujuan bantuan kemanusiaan dan kebajikan ummah. Penyerahan dana pada hari ini adalah sebagai tanda sokongan YWM dalam menjayakan bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin menerusi OPS IHSAN yang diselia oleh Wisma Putra Kementerian Luar Negeri Malaysia. Menerusi kekuatan wakaf, YWM kini merangka strategi untuk mewujudkan Waqf Kitchen (Imaret) agar dapat membantu ummah yang memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat membantu rakyat Palestin dalam menempuhi perjuangan mempertahankan tanah air mereka dan meringankan beban dalam menjalani kehidupan mereka.
TERKINI
Kongsi Kongsi