Aktiviti
Lawatan Kerja Yayasan Waqaf Malaysia Ke Bazar Wakaf Rakyat Di Kuantan
20-11-2023

Kuantan, 20 November 2023 - Dalam rangka kerja kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan menghadiri Seminar Wakaf Pahang 2023, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) turut singgah di 5 unit Bazar Wakaf Rakyat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang. Bazar-bazar wakaf ini merupakan sebahagian daripada 316 unit yang dibangunkan oleh YWM melalui inisiatif Belanjawan Kerajaan Persekutuan tahun 2010 dan 2013 di 70 buah masjid dan tanah wakaf di seluruh negara. Bazar-bazar ini disewakan pada harga yang lebih rendah daripada pasaran dan telah membantu golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan, di samping turut menjana hasil sewaan kepada masjid dan Majlis Agama Islam Negeri.


Kongsi Kongsi