Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Lapor Diri
02-10-2023YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) baharu telah hadir melapor diri di Pejabat YWM. Kehadiran Dr. Ridzwan Bakar telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Abdul Halim bin Mat Yusop dan barisan pengurusan YWM.
Beliau diiringi pegawai-pegawai YWM dibawa mengimbas cap jari kehadiran sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Dr. Ridzwan Bakar kemudiannya dibawa ke bilik mesyuarat bagi Majlis Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif.
Di dalam majlis ini, Dr. Ridzwan Bakar telah menyampaikan ucapan aluan dan amanat kepada semua kakitangan agar bekerja bersama-sama beliau untuk membangun dan menjayakan visi dan misi YWM. Antara intipati yang disampaikan oleh beliau adalah:
- Penerapan 4 sifat-sifat peribadi Nabi Muhammad SAW (Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah) perlu dinormalisasi dan dijadikan sebagai tabiat peribadi semua orang.
- Penerapan bekerja kerana Allah SWT dan bekerja dengan penuh kejujuran amatlah penting bagi setiap warga kerja YWM yang bekerja dalam usaha membangunkan wakaf.
- YWM perlu lebih proaktif bergerak kehadapan melalui inisiatif kolaborasi bersama pihak kementerian / korporat dan berusaha untuk muncul sebagai institusi penting bukan sahaja di Malaysia tapi sehingga peringkat dunia.
- Turut diadakan sesi suai kenal bersama warga YWM dan anak syarikat.
Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan Dr. Ridzwan Bakar dan kami semua dalam menerajui YWM dan wakaf di Malaysia amnya. Insya-Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi