Aktiviti
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023
28-09-2023

Putrajaya, 28 September 2023 - Telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI' pada 28 September 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Yayasan Waqaf Malaysia telah mengambil bahagian dalam perarakan sambutan ini bersama-sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Seramai 6,000 peserta daripada 131 kontinjen mewakili kementerian, badan berkanun dan agensi swasta menyertai sambutan yang diadakan ini. Perarakan bermula dari Jambatan Seri Gemilang ke PICC yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis diserikan lagi dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Jemaah Menteri.


Kongsi Kongsi