Aktiviti
Seminar Kesedaran Wakaf dan Zakat Serta Pelancaran Wakaf Tunai Kesihatan dan Klinik bergerak Waqaf An-Nur dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS
25-09-2023

Kota Kinabalu, 25 September 2023 - Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop telah menghadiri Seminar Kesedaran Wakaf dan Zakat Serta Pelancaran Wakaf Tunai Kesihatan dan Klinik bergerak Waqaf An-Nur dan MUIS sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sabah di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini.

Program anjuran bersama MUIS, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Waqaf An-Nur, KPJ Healthcare, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan YWM ini merupakan usaha sinergi bersama agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ibadah wakaf.

Salah satu slot seminar pada program ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM yang bertajuk Peranan Yayasan Waqaf Malaysia dalam Membangun Wakaf Kesihatan di Malaysia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MUIS atas jemputan kerjasama program ini. Semoga usaha murni para pemain industri wakaf dalam memperkasakan instrumen wakaf di negara kita dipermudahkan olehNya, Insya-Allah.


Kongsi Kongsi