Aktiviti
YWM Santuni Pesakit Kelainan Upaya di Rawang, Selangor
13-07-2023

Rawang, 13 Julai 2023 - Setelah selesai penyerahan sumbangan di Batu Muda, Kuala Lumpur, YWM meneruskan perjalan ke Country Homes, Rawang, Selangor untuk menziarahi Cik Syamimi, 26 tahun yang telantar sejak dari usia 8 bulan akibat serangan demam panas. Turut bersama kami adalah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak Selangor.

Prihatin dengan keadaannya, YWM telah menyampaikan sumbangan berbentuk katil pesakit boleh laras bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan beliau. Melalui sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.

Pihak YWM mendoakan keluarga ini dikurniakan ketabahan dan kesabaran bagi meneruskan kehidupan.

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai CSR-Wakaf.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi