Aktiviti
YWM Santuni Pesakit Kelainan Upaya di Batu Caves, Selangor
13-07-2023

Batu Caves, 13 JuIai 2023 - Destinasi akhir kami bagi program sumbangan pada hari ini ialah ke Batu Caves, Selangor bagi menziarahi Encik Zambri yang sedang terlantar akibat serangan strok. Beliau kini tinggal bersama ibu dan anak perempuannya di sebuah rumah yang disewa oleh adiknya. Sebelum ini, Encik Zambri bekerja sebagai peniaga di pasar malam. Namun setelah diserang strok, beliau kini tidak dapat bekerja lagi. Beliau dijaga oleh ibunya memandangkan beliau kini tidak dapat bergerak bermula dari pinggang ke bawah.

Prihatin dengan keadaannya, YWM telah menyampaikan sumbangan berbentuk katil pesakit boleh laras bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan beliau. Melalui sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini. Kami mendoakan Encik Zambri diberikan kesembuhan dan kemudahan sepanjang proses rawatan dan pemulihannya.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai CSR-Wakaf.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi