Aktiviti
DANA PERLU YWM YWM AGIH 30 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA PERSATUAN PEMANDU DAN PEMILIK TEKSI / KERETA SEWA MELAYU DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU
12-09-2021

Kemaman, 12 September 2021 - YWM telah menyampaikan pek makanan Dana Perlu YWM kepada 30 ahli persatuan yang terjejas pendapatan sepanjang Pandemik Covid-19 melanda negara. Sepanjang program agihan, kami dapati tiada pengunjung yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Deretan teksi yang memenuhi ruangan parkir kenderaan juga mengambarkan situasi bahawa perkhidmatan teksi ini kurang mendapat permintaan ketika ini.

Kemerosotan bilangan pelanggan juga menyebabkan mereka perlu menanggung beban kewangan yang tinggi. Ansuran kenderaan perlu dibayar, ada perut perlu diisi serta bil-bil yang ada juga perlu dijelaskan. Prihatin dengan keadaan mereka, kami hadir dan menyampaikan sendiri sumbangan. Alhamdulillah, sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. InsyaAllah, dapat menampung keperluan makanan buat seketika serta mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi