Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 30 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA PEMANDU BAS TERENGGANU ZON KEMAMAN, TERENGGANU
12-09-2021

Kemaman, 12 September 2021 - Ketibaan kami disambut oleh ahli-ahli Persatuan Pemandu Bas Terengganu Zon Kemaman. Ketika YWM ke sana, negeri Terengganu telah berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Semasa fasa itu, sekolah masih belum dibuka dan perkara ini telah menjejaskan pendapatan utama mereka sebagai pemandu bas sekolah.

Ada diantara mereka yang kelihatan berumur. Namun, demi mencari rezeki yang halal, segala kudrat yang ada dikerah jua. Selain itu ada juga yang terpaksa menggadaikan emas untuk membayar ansuran bas sekolah dan ada juga telah menerima surat penarikan pemilikan kenderaan kerana tidak mampu membayar bebanan ansuran yang tertunggak. Sayu hati kami ketika mendengar luahan mereka yang benar-benar terjejas pendapatan ini.

Menerusi maklumat yang diterima, YWM telah menyediakan sebanyak 30 pek makanan Dana Perlu YWM untuk diagihkan kepada ahli persatuan. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Moga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh semua ahli persatuan.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi