DANA PERLU YWM AGIH 30 PEK MAKANAN KERING KEPADA PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL TERENGGANU CAWANGAN DUNGUN, TERENGGANU
12-09-2021Dungun, 12 September 2021 - Penjaja dan peniaga kecil merupakan golongan yang terjejas teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. Akur dengan arahan kerajaan demi mengekang penularan virus Covid-19, penjaja dan peniaga ini tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa. Duit simpanan juga telah digunakan bagi menampung keperluan harian. Bagi meneruskan kehidupan, ada diantara mereka yang menjalankan perniagaan atas talian.
Justeru, melalui maklumat yang YWM terima dari Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu, seramai 30 orang dari kalangan peniaga dan penjaja kecil telah menerima sumbangan dari pihak YWM. YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan pek makanan Dana PERLU YWM kepada penerima beserta 10 kilogram beras.
Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.
“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia atas sumbangan yang diberikan”
Ucapan terima kasih ini kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Peru YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya. Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi