Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 30 BUAH KELUARGA PENEROKA FELDA JENGKA 19, MARAN, PAHANG
11-09-2021

Maran, 11 September 2021 - Yayasan Waqaf Malaysia telah mendapat perkhabaran bahawa terdapat beberapa buah keluarga peneroka di Felda Jengka 19, Maran dalam keadaan yang memerlukan. Ada diantara mereka yang kurang bekalan makanan dan ada juga yang telah terputus bekalan makanan akibat pendapatan terjejas sejak Pandemik Covid-19 melanda negara.

Hasil jualan sawit yang tidak menentu membuatkan mereka runsing memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana hasil jualan sawit merupakan punca pendapatan masyarakat di sini.

Prihatin dengan nasib semua keluaga peneroka ini, kami menyediakan 30 pek bantuan makanan yang diserahkan oleh YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan dengan kerjasama yang baik dari wakil komuniti Felda Jengka 19 yang diketuai oleh Puan Jamilah serta beberapa lagi penduduk di sini.

Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi