DANA PERLU YWM AGIH 90 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA AHLI PERSATUAN SPINAL CAWANGAN PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN
11-09-202111 Oktober - Misi bantuan kami di teruskan dengan memberi sumbangan pek makanan Dana Perlu YWM kepada Persatuan Spinal Pantai Timur atau lebih dikenali sebagai PSPT pada 11 dan 12 September 2021. PSPT merupakan persatuan yang menghimpunkan golongan yang mengalami kecederaan tulang belakang di sekitar negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Lokasi PSPT cawangan Pahang, berada di kawasan Perumahan Makmur Setia Jaya, Paya Pulai manakala cawangan Terengganu dan Kelantan berada di kawasan Taman Jaya, Dungun.
Setibanya kami di PSPT cawangan Pahang, ketibaan kami disambut oleh Encik Ku Ghazali, Timbalan Presiden PSPT cawangan Pahang. Beliau juga merupakan salah seorang yang mengalami kecederaan tulang belakang dan dikategorikan sebagai OKU. Walaupun dalam kekurangan, beliau tetap bersemangat dan cekap menguruskan hal-hal berkaitan PSPT. Encik Ku Ghazali telah membawa kami ke dua buah rumah ahli PSPT di sekitar Temerloh, Pahang.
Seterusnya di PPST cawangan Terengganu dan Kelantan, ketibaan kami disambut oleh Encik Lukmanul selaku Setiausaha PSPT. Beliau juga merupakan salah seorang yang mengalami kecederaan tulang belakang dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Beberapa penerima bantuan pek makanan Dana Perlu YWM turut hadir bagi melaksanakan simbolik penyerahan.
YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan pek makanan Dana Perlu kepada ahli-ahli yang hadir pada sesi serahan. Sebanyak 90 pek makanan telah diagihkan iaitu 30 pek di cawangan Pahang dan 60 pek lagi di cawangan Terengganu dan Kelantan.
Dalam ujian yang dihadapi, mereka masih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seperti orang yang sihat dan normal. Kesungguhan mereka menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dengan kerjasama pihak PSPT. Lega sedikit hati kami melihat kegembiraan di wajah para penerima. Sumbangan dari YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi