DANA PELAJAR YWM SUMBANG SEBUAH TABLET KEPADA KELUARGA B40 DI BANDAR CHENEH, KEMAMAN, TERENGGANU
12-09-2021Bandar Cheneh, 12 September 2021 - YWM telah menerima permohonan tablet dari Puan Siti yang menetap di Bandar Cheneh, Kemaman, Terengganu. Beliau mempunyai empat orang anak, dua orang masih bersekolah di darjah 3 dan tingkatan 1 serta dua anaknya masih kecil. Dengan hanya mempunyai sebuah peranti yang perlu dikongsi dua adik beradik ini telah menyebabkan mereka ketinggalan kelas online pada setiap minggu.
Alhamdulillah, setelah membuat sedikit semakan, YWM bersetuju untuk menyumbangkan tablet kepada anak Puan Siti bagi membantu proses pembelajaran di rumah (PdPR). YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan satu unit tablet kepada keluarga ini. Bukan hanya tablet semata-mata, kami turut bawakan pek makanan Dana Perlu YWM kepada keluarga ini. Jelas terpapar kegembiraan diraut wajah anak-anak Puan Siti kerana dapat menjalani PdPR dengan lebih baik selepas ini.
"Syukur kepada Allah, rezeki anak-anak saya dapat tablet ni. Saya seorang suri rumah dan suami saya baru sahaja dapat pekerjaan sebagai pemandu lori. Bantuan ini sangat bermakna kepada kami bagi memastikan anak-anak kami tidak ketinggalan dalam pembelajaran." Kata Puan Siti kepada kami.
Tiada perkataan dapat digambarkan, selain jelas kelihatan kegembiraan di wajah keluarga ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan keluarga ini.
إِنَّ هَذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِنْ نَفَادٍ
"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis." (Surah Sad 38: 54)
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Terima kasih MAMEE-Double Decker Sdn. Bhd. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR
TERKINI
Kongsi Kongsi