DANA PELAJAR YWM SUMBANG SEBUAH TABLET KEPADA KELUARGA B40 DI LANCHANG, PAHANG
11-09-2021Lanchang, 11 September 2021 - Destinasi pertama Program Sumbangan Dana Pelajar di Pahang ialah Kampung Paya Laman, Lanchang. Pemohon mempunyai 11 orang anak dan hanya meniaga secara kecil-kecilan. Tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak tahun lalu, perniagaan mereka terjejas. Pelanggan yang merupakan penduduk disekitar kampung ini tidak lagi ramai seperti dulu. 4 orang anaknya yang masih bersekolah tidak mempunyai sebarang alat peranti untuk sesi PdPR.
Justeru, prihatin dengan masalah yang dihadapi, pihak YWM menerusi YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan satu unit Tablet Lenono M7 serta pek makanan kering Dana Perlu YWM kepada keluarga ini. "Alhamdulillah, terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia. Saya amat bersyukur menerima kunjungan daripada pihak tuan. Semoga pihak tuan dikurniakan nikmat yang mencukupi dan dipermudahkan segala urusan". Ujar beliau.
"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis." (Surah Sad 38: 54)
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Terima kasih MAMEE-Double Decker Sdn. Bhd. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.
TERKINI
Kongsi Kongsi