Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 50 PEK KEPERLUAN MAKANAN KEPADA GOLONGAN YANG TERJEJAS PENDAPATAN DI MELAKA
16-09-2021

Melaka, 16 September 2021 - Dengan mengambil semangat Hari Malaysia, sumbangan kali ini diagihkan kepada penduduk Kampung Tanah Merah, Krubong, Melaka dari pelbagai latar belakang agama yang kebanyakannya terkesan dengan pandemik Covid-19. Melayu, Cina dan India, semua dibantu dan sebanyak 50 pek sumbangan telah disediakan

Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan S.S Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.

Alhamdulillah, menerusi Program CSR Prihatin YWM di bawah Dana Perlu, telah ramai golongan disantuni tanpa mengira latar belakang dan agama. Ucapan terima kasih yang kami terima ini, kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU. Semoga para penyumbang sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi