Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 50 SAUDARA BARU MUSLIM SELIAAN PERKIM CAWANGAN UJONG PASIR, MELAKA
16-09-2021

Melaka, 16 September 2021 - Kami difahamkan majoriti saudara baru di flat ini berbangsa Serani, iaitu hasil kacukan masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan orang Melayu semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Alhamdulillah, dengan bantuan PERKIM Cawangan Ujong Pasir, seramai 50 penerima terdiri daripada saudara baru telah dikenalpasti. Kebanyakkan mereka yang bekerja sendiri ini terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19. Kami turut difahamkan bahawa pihak PERKIM ini juga penah menyediakan sumbangan modal permulaan perniagaan kepada golongan ini. InsyaAllah dengan kelonggaran yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan, akan dapat mengembalikan kehidupan mereka seperti sebelum ini.

Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBrsh. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan S.S Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.

اللهم صلى على سيدنا محمد صلاة توسع بها علينا الارزاق وتحسن بها لنا الاخلاق وعلى اله وصحبه وسلم

"Ya Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad Rasulullah dan selawat yang melapangkan rezeki kami, dan menjadikan baiknya akhlak kami, dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya."

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi