Aktiviti
DANA PELAJAR YWM SUMBANG PERANTI TABLET KEPADA GURU
09-09-2021

Putrajaya, 9 September 2021 - Masalah ketiadaan peranti bukan sahaja membelenggu para pelajar, terdapat juga keadaan di mana guru juga mempunyai kekangan kekurangan peranti, begitu juga dengan keadaan yang dihadapi oleh seorang guru muda yang baru sahaja berkhidmat di sebuah sekolah rendah swasta ini. Ketiadaan peranti yang bersesuaian menyebabkan sesi PdPR menjadi rumit dan sukar untuk guru melaksanakan kelas secara online. Setelah pertimbangan dan penilaian dilaksanakan, YWM bersetuju untuk menyumbangkan sebuah tablet bagi memudahkan dan melancarkan sesi PdPR buat guru ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia di kepada penerima di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia. TERIMA KASIH kami ucapkan kepada semua penyumbang Dana PELAJAR YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”


Kongsi Kongsi