Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 30 MANGSA BANJIR DI YAN, KEDAH
22-08-2021

Yan, 23 Ogos 2021 - Tragedi kepala air di Yan, Kedah baru-baru ini sangat luar biasa. Kejadian yang belaku pada 18 Ogos 2021 itu menyebabkan kemusnahan teruk susulan daripada tanah runtuh dan banjir kilat. Kebanyakan kampung yang terlibat terletak berdekatan dengan beberapa sungai di kaki Gunung Jerai.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir, YWM telah turun padang bagi meninjau kawasan-kawasan yang terjejas teruk dan memberi sumbangan kepada 30 mangsa yang terlibat. Kehadiran kami disambut gembira oleh mereka. Sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan diiringi Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria, Pengarah YADIM Negeri Kedah.

Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.

“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia”.

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Perlu YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجرْهُم فِي مُصِيبَتِهِمْ، وَأَخْلِفْ لَهُمْ خَيْرًا مِنْهَا

"Sesungguhnya, kita milik Allah dan sungguh hanya kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik."

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi