DANA PERLU YWM AGIH 120 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA NELAYAN DI NEGERI KEDAH
22-08-2021Kuala Kedah, 22 Ogos 2021 - Pendapatan nelayan di Negeri Kedah turut terjejas akibat pandemik yang melanda negara. Hasil tangkapan ikan berkurangan kerana ramai nelayan tidak boleh turun ke laut. Situasi ni memberi kesan terhadap pendapatan nelayan. Lebih-lebih lagi kepada nelayan yang disahkan positif Covid19.
Prihatin terhadap situasi ini, sebanyak 120 pek makanan keperluan disedia untuk diagihkan kepada para nelayan yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Cawangan masing-masing, iaitu:
30 pek kepada Persatuan Nelayan Cawangan Kuala Kedah; 30 pek kepada Persatuan Nelayan Cawangan Yan; 30 pek kepada Persatuan Nelayan Cawangan Tanjung Dawai; dan 30 pek kepada Persatuan Nelayan Cawangan Kuala Muda.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Terima kasih MAMEE- Double Decker Sdn. Bhd. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi