Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI KELUARGA YANG TERJEJAS PENDAPATAN DI PINANG TUNGGAL, PULAU PINANG
15-08-2021

Pinang Tunggal, 15 Ogos 2021 - YWM dimaklumkan terdapat sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di rumah kebun getah. Pasangan suami isteri ini mempunyai 3 orang anak dan telah diberhentikan kerja akibat pandemik. Sebelum ini mereka tinggal di Sungai Petani. Mereka terpaksa berpindah ke rumah pusaka untuk berteduh dan memulakan kehidupan baru.

Kami mendapati keadaan rumah ini tidak mempunyai akses air bersih dan tiada bekalan elektrik. Inilah situasi yang dihadapi mereka saban hari buat masa ini. Alhamdulillah, kami difahamkan bantuan bekalan air bersih dan elektrik sedang diusahakan oleh pejabat wakil rakyat. InsyaAllah, semua akan selesai dalam masa terdekat.

"Untuk menampung perbelanjaan keluarga, saya usahakan kebun getah ni. Alhamdulillah, ada lah sikit-sikit duit untuk belanja keluarga. Cuma, bila musim hujan ni, takde lah hasil. Terima kasih bagi sumbangan kepada kami sekeluarga. Sumbangan ni sangat-sangat kami perlukan dalam keadaan sekarang ni. Terima kasih."

InsyaAllah, kami bersama wakil penduduk akan cuba bantu mana yang termampu untuk keluarga ini. Semoga keluarga ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki halal yang mencukupi.

اللهم اكفنا بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك

"Ya Allah, cukupkanlah kami dengan yang halal dan jauhkanlah kami dari yang haram dan cukupkanlah kami dengan kurnia-Mu dari bergantung selain dari-Mu."

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi