DANA PERLU YWM AGIH 150 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA NELAYAN DI NEGERI PERLIS
21-08-2021Kuala Perlis, 21 Ogos 2021 - Semasa kunjungan YWM di pejabat Persatuan Nelayan Negeri Perlis di Kuala Perlis, kami dimaklumkan bahawa lokasi tersebut baru sahaja beroperasi semula kerana sebelum ini ditutup kerana terdapat kes positif Covid19. Alhamdulillah, urusan kami untuk berjumpa sendiri dengan beberapa nelayan dipermudahkan.
"Baru-baru ni, tempat ni tutup 2 minggu. Dalam tempoh ni, kami semua tak boleh bekerja. Ikan pula tak banyak sebab tak boleh turun laut."
Mereka semua merupakan nelayan yang hilang pendapatan. Kebanyakan mereka pekerja yang menerima gaji secara harian.
"Terus terang kami bagitau, pendapatan kami memang terjejas. Ada antara kami yang terus hilang pendapatan. Kami harap pandemik ni cepat pulih supaya kami dapat bekerja seperti biasa macam dulu."
InsyaAllah, pek makanan keperluan yang disumbangkan akan diagihkan kepada 150 nelayan di negeri Perlis. Diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban mereka.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi