Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 171 PEMANDU TEKSI DI IPOH, PERAK
14-08-2021

Ipoh, 14 Ogos 2021 - Pemandu teksi antara golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Lebih-lebih lagi ketika PKP dilaksanakan. Mereka akur dengan setiap arahan yang dikeluarkan demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan semua pihak. Walaubagaimanapun hasil perkhidmatan teksi sebelum ini mampu menanggung perbelanjaan keluarga, bayaran ansuran pinjaman, tetapi dengan kemerosotan pelanggan, mereka perlu menanggung beban kewangan yang tinggi.

"Sebenarnya dah ramai yang putus asa dan cari kerja lain. Ada yang dah jual teksi mereka sebab tak mampu nak bayar ansuran bulanan dan perbelanjaan keluarga Bagi yang sihat tubuh badan, boleh la beralih kerja sebagai pengawal keselamatan. Tapi yang dah berusia ni, susah sikit lah." Antara rintihan hati salah seorang pemandu teksi.

Prihatin dengan keadaan mereka dan untuk mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung, kami hadir menjenguk mereka, menyampaikan sendiri sumbangan. Alhamdulillah, seramai 31 pemandu teksi di bawah Persatuan Teksi Daerah Kinta dan 140 yang berdaftar di bawah Persatuan Teksi Amanjaya Ipoh dibantu. InsyaAllah, boleh la menampung keperluan asas keluarga.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi