Aktiviti
50 PENGHANTAR MAKANAN DISANTUNI MELALUI PROGRAM AGIHAN MUAFAKAT YAYASAN WAQAF MALAYSIA
26-08-2021

Putrajaya, 26 Ogos 2021 - Kerjaya sebagai seorang penghantar makanan amatlah berisiko dan terdedah kepada risiko kemalangan hingga ada yang boleh membawa kepada maut. Namun demi mencari sesuap rezeki, siang malam mereka menggadaikan keselamatan mereka demi memastikan makanan atau barang dapur sampai ke depan pintu kita semua.

Pihak PERKESO juga turun padang bersama kami dalam membantu para penghantar makanan, terutamanya salah seorang daripada mereka yang telah mengalami kemalangan pada 3 bulan lepas semasa bekerja. InsyaAllah pihak PERKESO ambil berat dan membantu para penghantar makanan ini sebaik mungkin.

YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Tuan Hairolanuar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Wakaf merangkap Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR menyampaikan agihan sumbangan dalam bentuk tunai dan buah tangan kepada 50 orang penghantar makanan. Selain itu, bendera Jalur Gemilang turut dilekatkan di motor mereka bersempena dengan bulan Kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 2021 ini.

‘…terima kasih YWM bantu kami semua, moga dipermudahkan segala urusan tuan puan…’

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Perlu YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi