Aktiviti
DANA PERLU YWM BANTU 60 KELUARGA MEMERLUKAN SEKITAR PADANG RENGAS, PERAK
14-08-2021

Padang Rengas, 14 Ogos 2021 - YWM dimaklumkan oleh Ustaz Azizi, wakil penduduk mengenai keadaan beberapa keluarga di sekitar Padang Rengas ini yang amat memerlukan bantuan. Bantuan pek makanan terlebih dahulu telah sampai dan ada yang telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan, memandangkan ada di antara mereka telah terputus bekalan makanan.

Di lokasi ini, kami berkesempatan untuk menyampaikan sendiri sumbangan kepada dua buah keluarga. Kehadiran kami disambut gembira oleh mereka. Suami isteri bersama 3 orang anaknya hanya tingaal di sebuah rumah yang kelihatan agak usang.

‘…sejak Covid19, tak banyak boleh dapat kerja, buat masa ni, buat kerja-kerja kampung tampung belanja, kadang tu ada la, kadang tak dak langsung….orang sekitar sini pun ada bantu kami…’

Manakala di lokasi kedua, tinggal sepasang suami isteri warga emas bersama seorang anaknya. Pasangan warga emas ini hanya hidup bergantung harap pada anaknya yang bekerja di kebun sekitar kampung ini.

‘…makcik dan pakcik memang tak keluar kerja dah, duduk rumah..memang harap kat anak makcik nak makan minum….’

Sumbangan Dana Perlu telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia kepada mereka ini. Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi.

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.

“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia”.

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Perlu YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya. Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi