Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI KAKITANGAN HOTEL SERI WARISAN (JAWHAR-MAIPk)
14-08-2021

Taiping, 14 Ogos 2021 - Sektor perhotelan dan pelancongan turut terkesan dalam situasi pandemik ini. Alhamdulillah, dengan sedikit kelonggaran yang diberikan, terdapat hotel yang telah memulakan semula perniagaan.

Tidak terkecuali adalah Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk), yang merupakan salah satu hotel wakaf di bawah pengurusan YWM. InsyaAllah, dengan sedikit kelonggaran yang telah diumumkan pihak Kerajaan, perniagaan hotel ini akan menjadi lebih baik dan kembali seperti dahulu. Secara tidak langsung akan membantu menjana lebih banyak dana wakaf.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi