Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia Ke Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
21-10-2026

Putrajaya, 21 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi membincangkan pembangunan inisiatif Waqf Food Security Antarabangsa.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pematuhan piawaian, pensijilan dan integriti rantaian bekalan makanan halal merentasi Malaysia, China dan Arab Saudi, khususnya bagi memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah.

Inisiatif wakaf produktif ini diharap dapat memperkukuh keterjaminan makanan, membuka peluang pelaburan dan pekerjaan serta menjana pulangan ekonomi untuk pembangunan wakaf negara.


Kongsi Kongsi