Kunjungan Hormat YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia
21-10-2026Putrajaya, 21 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, ke Pejabat YWM.
Ketibaan YB Senator telah disambut oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, bersama Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, serta ketua-ketua bahagian dan kakitangan YWM yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.
Kunjungan hormat ini berlangsung dalam suasana mesra di ruang hadapan pejabat YWM, sekali gus mencerminkan hubungan baik antara kepimpinan dan warga YWM.
YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri atas kunjungan hormat tersebut. Semoga hubungan baik yang terjalin terus diperkukuh dalam usaha bersama memperkasa pembangunan wakaf demi manfaat ummah dan kesejahteraan masyarakat.
TERKINI
Program Sebarkan Salam @ Kinabalu 2026
16-11-2026Kongsi Kongsi