Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia ke Malaysian Takaful Association
22-10-2026

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Takaful Association (MTA) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam mengarusperdanakan integrasi wakaf dan takaful bagi mencapai kesejahteraan masyarakat yang optimum seterusnya memperkukuhkan ekosistem perlindungan sedia ada di YWM yang lebih inklusif, mampan dan bersepadu.

Menyambut ketibaan YWM adalah YBrs. Encik Mohd Radzuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif bersama barisan pegawai MTA. Sesi kunjungan ini juga memberi tumpuan kepada perkongsian pandangan, pengalaman dan kepakaran antara pihak-pihak berkaitan mengenai cadangan kerjasama antara YWM dan pihak MTA.

Hasrat kerjasama di antara pihak mendapat sambutan yang baik dan positif, diharap jua dapat membuka peluang kepada penyediaan mekanisme perlindungan yang lebih inklusif, perluasan manfaat kepada golongan sasaran terutama golongan anak muda yang berpotensi serta pengukuhan peranan wakaf dan takaful sebagai instrumen pelengkap dalam pembangunan sosioekonomi ummah.


Kongsi Kongsi