MAJLIS PELANCARAN WAKAF AIR PADA 17 DISEMBER 2021
17-12-2020PUTRAJAYA, 17 DISEMBER 2020 - Wakaf Air merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek-projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mapan melalui instrumen wakaf. Wakaf Air merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia YWM.
Majlis pada hari ini turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KASA dan YWM yang dimeterai antara YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA dan YBrs. Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sambil disaksikan oleh YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air dan YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi YWM.
Alhamdulillah pada majlis ini juga, Tabung Wakaf Air telah menerima sumbangan sebanyak RM 5 juta daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan RM 2 juta daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebanyak RM24,476.00 (setakat jam 1.00 petang) daripada sumbangan orang awam (sumbangan menerusi Sistem Wakaf Tunai Malaysia YWM yang telah bermula sejak 4 November 2020). Terima kasih diucapkan kepada semua pewakaf! Semoga anda semua beroleh ganjaran pahala berpanjangan, insyaAllah.
TERKINI
Kongsi Kongsi