Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Tunai Malaysia Sempena Karnival Semekar Kokurikulum dan Keusahawanan 2026 Peringkat Kebangsaan
25-07-2026

Semenyih, 25 Julai 2026 - TV AlHijrah (TVAH) telah mengundang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk bersama-sama mempromosi produk Wakaf Media di SMK Bandar Rinching sempena Karnival Semekar Kokurikulum dan Keusahawanan 2026 Peringkat Kebangsaan.

Sambutan hangat yang diterima daripada pengunjung memberi semangat kepada para petugas YWM dan TVAH untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada semua.

Terima kasih kepada pewakaf yang membuat sumbangan. Sumbangan wakaf ini akan digunakan untuk menyokong penerbitan dan penyiaran rancangan dakwah terbitan TVAH. Selagimana terdapat insan yang mendapat manfaat dan ilmu program tersebut, selagi itulah pahala jariah terus mengalir buat pewakaf.


Kongsi Kongsi