Kunjungan Hormat GivePlease Malaysia Sdn. Bhd. ke Yayasan Waqaf Malaysia Teroka Kerjasama Strategik Melalui Platform Digital Kutipan Wakaf
25-06-2026Putrajaya, 25 Jun 2026 - GivePlease Malaysia Sdn. Bhd. (GivePlease) yang diketuai oleh YBrs. Encik M Harmidi Ismail, Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia, telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan kutipan wakaf menerusi platform digital yang lebih inovatif dan mudah diakses.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM ini memberi tumpuan kepada potensi pembangunan platform digital kutipan wakaf yang mampu memperluaskan penyertaan masyarakat serta meningkatkan kecekapan pengurusan sumbangan wakaf selaras dengan perkembangan teknologi digital.
YWM dan GivePlease komited untuk meneruskan perbincangan bagi memperincikan model kerjasama yang melibatkan pembangunan platform, tadbir urus kutipan serta pelaksanaan inisiatif digital yang berimpak tinggi ke arah memperkukuhkan budaya berwakaf dan memperluaskan manfaat wakaf kepada masyarakat.
TERKINI
Kongsi Kongsi