Sesi Taklimat dan Pembentangan Platform Pembelajaran Digital Waqf Go Learning Kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
26-06-2026Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan sesi taklimat dan pembentangan platform pembelajaran digital Waqf Go Learning bersama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut serta dalam sesi ini ialah YBrs. Dr. Marina binti Kassim, Ketua Penolong Pengarah, bersama pegawai-pegawai kanan, penolong-penolong pegawai Bahagian Pelajaran JAWI serta penyelia-penyelia KAFA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi ini bertujuan memperkenalkan inisiatif Waqf Go Learning yang disasarkan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Melalui platform ini, para pelajar berpeluang mendapatkan akses kepada pembelajaran tambahan yang lebih fleksibel, sekaligus membantu mereka mengulang kaji serta meningkatkan kefahaman pelajaran di rumah mahupun di mana-mana sahaja.
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dan menyokong pembangunan pendidikan yang berkualiti demi melahirkan generasi cemerlang pada masa hadapan.
TERKINI
Kongsi Kongsi