Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Karnival Ceria Simpan SSPN
28-06-2026Cheras, 28 Jun 2026 - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah mengundang Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk membuka kaunter wakaf sempena penganjuran Karnival Ceria Simpan SSPN di AEON Mall Cheras Selatan.
Pada program yang berlangsung selama dua hari ini, iaitu bermula 27 hingga 28 Jun 2026, YWM memberi fokus untuk mempromosikan produk myWaqafPTPTN khusus bagi membantu anak-anak daripada keluarga yang memerlukan untuk meneruskan pengajian tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah singgah dan berwakaf. Sokongan dan keprihatinan anda amat dihargai dalam membantu memperkasa agenda pendidikan serta memberi manfaat berterusan kepada generasi masa hadapan.
Setiap sumbangan yang diberikan merupakan pelaburan kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan.
TERKINI
Kongsi Kongsi